Friday 8 November 2013

Semenggoh Nature Reserve, Padawan, Kuching.

Selamat Datang ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Semenggoh Nature Reserve terletak di daerah Padawan, lebuh kurang 24km dari bandaraya Kuching. Pusat ini telah dibuka pada tahun 1975 bertujuan untuk memulihara orang utan yang cedera, cacat dan sebagainya. Selain Semenggoh, Pusat Hidupan Liar Matang, Kuching juga menjalankan tanggungjawab yang sama dalam memulihara hidupan liar yang semakin pupus. orang utan diberi jagaan rapi sejak dilahirkan sehingga ia menjadi matang. Gambar di bawah menunjukkan proses pemuliharaan yang dijanlankan oleh pusat hidupan liar ini.

Prose Pemuliharaan Pusat hidupan Liar Semenggoh

Masa yang sesuai untuk melawat ke sini ialah pada waktu pagi jam 9.00-10.00 pagi, dan sesi kedua pada jam 3.00-4.00 ptg. Hal ini kerana, pada waktu ini merupakan masa makan para orang utan di pusat ini, Anda boleh melihat dengan jarak lebih dekat hidupan liar ini. Walaubagaimanapun, jika anda bernasib baik, anda boleh melihat banyak orang utan dalam tempoh 1 jam, kadangkala orang utan tidak keluar walaupun waktu makan telah tiba. Situasi akan kerap berlaku apabila tibanya musim buah. Sila rujuk notis di bawah.


Sebelum masuk ke dalam hutan, anda akan diberi taklimat oleh pegawai yang bertugas. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penegasan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sebelum masuk ke dalam hutan. Gambar di bawah menunjukkan papan notis yang menunjukkan peraturan-peraturan di kawasan tersebut.  
Peraturan-Peraturan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Di bawah merupakan gambar-gambar yang sempat ditangkap di pusat ini.
Aksi Orang Utan

Anda boleh melawat galeri yang terdapat di pusat ini, untuk mendalami lagi tentang orang utan. Setiap orang utan di sini ada sijil kelahirannya, dan terdapat orang utan yang mempunyai keluarganya tersendiri seperti yang ditunjukkan di gambar di bawah.



Anda boleh menaiki kereta untuk sampai ke sini. Selain itu, terdapat bas awam (no. 6) yang akan mengangkut penumpang dari Bandaraya Kuching ke Semenggoh. Bas terakhir dari Semenggoh ialah pada jam 5.00 ptg. Anda perlu membeli tiket masuk dengan harga RM 5 bagi seorang warganegara Malaysia.







                               
                                       View Larger Map

No comments:

Post a Comment