Monday 4 November 2013

Daerah Asajaya_Kampung Halaman Saya.

Welcome to Asajaya District
Kampung Serpan Laut, Asajaya, Sarawak ialah tempat kelahiran saya. Asajaya merupakan satu daerah kecil dalam dearah Samarahan. Ia terletak 80 km dari Bandaraya Kuching. Terdapat dua kaedah untuk sampai ke Asajaya. Kalau air pasang, anda boleh menggunakan feri. Feri merupakan pengankutan penting yang menghubungkan Asajaya dengan Samarahan.

Pangkalan Feri yang menghubungkan Daerah Asajaya dan Daerah Sadong Jaya
ke Daerah Samarahan serta Bandaraya Kuching.

Selain itu, apabila air surut, anda boleh memilih jalan darat untuk menuju ke Asajaya. Nama sahaj jalan darat, tetapi sepanjang jalan adalah jalan tar dan bukan jalan bukit-bukau. Kedua-dua kaedah ini memerlukan masa selama 1 jam 30 minit.

Terdapat beberapa kampung kecil yang tergolong dalam daerah ini. seperti Kampung Tambirat, Kampung Sambir, Kampung Sebandi Matang, Kampung Serpan Laut, Kampung Asajaya Laut, Kampung Asajaya Ulu, dan sebagainya. Kebanyakan penduduk tempatan menjadi nelayan, kerana Asajaya dekat dengan laut. Oleh itu, anda boleh membeli ikan-ikan segar, udang, ketam, kerang dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.

Salah satu kegiatan ekonomi yang amat terkenal di kawasan ini ialah menangkap ambal. Ambal ialah sejenis makanan laut yang hanya boleh didapati di Daerah Asajaya. Lazimnya, ambal hanya boleh didapati pada bulan Ogos hingga bulan Febuari setiap tahun.Oleh itu, pada musim ini, penduduk setempat akan turun ke laut (waktu air surut), untuk menangkap ambal. Ambal mendapat permintaan tinggi daripada restaurant di Bandaraya Kuching dan para pengujung ke Asajaya. Bagi pengetahuan anda semua, ambal boleh dimasak dengan pelbagai jenis citarasa seperti ambal masak kari, ambal masak kicap dan sebagainya. Dengan itu,  terdapat banyak pemborong yang memborong hasil tangkapan daripada penduduk tempatan dan menjual di Kuching. Namun demikian, terdapat penduduk tempatan yang menjual hasil tangkapan di tepi jalan utama yang menuju ke Bandaraya Kuching.




3 comments:

  1. I've never tried Ambal before.. but I will try soon... ^.^

    ReplyDelete
  2. thanks alot about the information..

    ReplyDelete