Saturday 30 November 2013

Cultural Shows at Sarawak Cultural Village "Selamat Datai " (Welcoming Dance)




Kampung Budaya Sarawak@Sarawak Cultural Village


Kampung Budaya Sarawak atau "Muzium Kehidupan" terletak di pantai Damai, Santubong, yang jarak 32km dari bandaraya Kuching. Ia dibina bertujuan untuk memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak.

Rumah-Rumah dan Aktiviti Harian sesetengah suku kaum di Sarawak

Di sini, anda boleh mengenali budaya dan cara kehidupan masyarakat Sarawak. Terdapat pelbagai jenis rumah-rumah etnik yang boleh dilawati seperti yang ditunjukkan gambar di atas, dan di dalam terdapat pekerja-pekerja (kaum tertentu) akan menjalankan aktiviti seperti membuat kuih tradisional di dalam rumah tersebut.

Persembahan Kebudayaan 
Semua pelancong yang mengunjung ke Kampung Budaya Sarawak boleh menyaksikan persembahan kebudayaan yang berlangsung di panggung budaya. Terdapat dua sesi persembahan pada setiap hari, iaitu 11.30am dan 4.00 pm. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan ini. 

Harga tiket masuk untuk dewasa ialah RM 60 manakala RM 30 untuk kanak-kanak. Keterangan lanjut boleh merujuk di laman sesawang berikut: http://www.scv.com.my/main.asp atau menghubungi di talian 082-846411.
.
Jika merancang untuk memandu ke sini, maka boleh rujuk kepada peta di bawah.


                           
View Larger Map

Monday 25 November 2013

Sinar Serapi Eco Theme Park Resort, Matang, Kuching

Sinar Serapi Eco Theme Park Resort merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk berekreasi dan berehat bersama ahli keluarga serta rakan-rakan. Tempat ini juga sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti kem motivasi, lawatan bagi pelajar-pelajar sekolah. Resort ini baru bermula operasi pada Oktober 2010, ia merupakan salah satu tempat beriadah baru bagi orang Kuching serta pelancong-pelancong. Di sini, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijanlankan seperti kayak, berenang, majlis perkahwinan, dan banyak lagi. Selain itu, resort ini juga menawarkan penempatan homestay supaya anda boleh bercuti di sini. Ia terletak berjarak 14km dari bandaraya Kuching. Sinar Serapi merupakan tempat yang boleh menikmati alam semula jadi kerana ia berdekatan dengan Gunung Serapi, Matang.



Untuk keterangan lanjut, anda boleh rujuk kepada:

QR Code
Laman Sinar Serapi Eco Theme Park 
QR Code
Laman Facebook Sinar Serapi Eco Them Park

Di sini, saya sertakan peta untuk memudahkan anda mencari lokasinya.

                               
                                        View Larger Map

Friday 22 November 2013

Ice Kacang @ ABC di Kuching....

ABC

ABC merupakan sejenis pencuci mulut yang boleh didapati di merata tempat. Di Kuching, terdapat beberapa tempat yang anda harus kunjungi:

1. AH YEO ICE KACANG SINCE 1962 

Ais Kacang Ah Yeo dianggap sebagai antara yang terbaik di bandar Kuching dengan sajian pencuci mulut kegemaran masyarakat Malaysia dan terkenal selama beberapa dekad sebagai lokasi tumpuan penduduk setempat untuk menghilangkan dahaga. Perniagaan ini telah bermula sejak 60 tahun lepas sehingaa hari ini. Pengusaha pada hari ini merupakan generasi ketiga yang mengendalikan perniagaan tersebut. Mereka menawarkan 72 jenis ais kacang merangkumi pelbagai warna, perisa dan bahan. Produknya yang berwarna-warni diiringi nama yang menarik perhatian seperti CJ 7, Kung Fu Panda, Angry Birds, Lady Gaga, Avatar dan banyak lagi. Sajian yang terlaris adalah ABC (Santan), 1Malaysia, Welcome to Sarawak, White Lady dan Metahon. 

Alamat: Kawasan Parkir, Padang Jubilee, Padungan Kuching

Menu Uncle Yeo Ais Kacang

2. Swee Kang Ice Kacang

Alamat: Ground Floor, Lot 176, Jln Haji Taha, Kuching

3. Old Rex Cucur Udang Cafe
Selain daripada ABC, di sini juga boleh mendapati makanan untuk minum petang seperti cucur udang (Lok Lok), Mee Hun Belacan, Rojak dan sebagainya. ABC juga merupakan salah satu sajian kedai ini.

Old Rex Cucur Udang Cafe

Alamat: Lot 437-438, Rubber Road, 93400, Kuching, Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/oldrexcucurudang

Selain daripada tiga tempat di atas, sebenarnya terdapat banyak lagi tempat yang boleh menjamu ABC, rojak, mee hun belacan dan sebagainya. Sila cuba jika berpeluang ke Kuching, Sarawak.

Wednesday 20 November 2013

Ais Kacang dan Lok Lok akan datang.....

Saya agak sibuk dalam beberapa hari ini, saya akan masukkan perkongsian baru saya mengenai tempat menjual ais kacang serta lok lok yang terkenal di Bandaraya Kuching.

Sunday 17 November 2013

Restoran Sugarbun



Sugarbun merupakan salah sebuah restoran makanan segera (fast food restaurant) yang terkenal di Sarawak. Sugarbun menawarkan pelbagai menu makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng dan sebagainya. Selain itu, restaurant ini juga menawarkan menu Asia seperti nasi lemak, sup mee hoon dan banyak lagi.  

Menu Sugarbun

Pada mulanya, Sugarbun hanya mempunyai perniagaan di Sarawak dan Brunei. Pada kebelakangan tahun ini, cawangan Sugarbun semakin bertambah di Sabah, Sarawak, serta di China dan Melbourne,Australia. Cawangan di Batu Pahat, Johor merupakan cawangan pertama di Semenangjung Malaysia. Merujuk kepada akhbar "The Borneo Post", Sugarbun akan memperbesar perniagaan ke Semenanjung pada tahun 2013. http://www.theborneopost.com/2013/07/22/sugarbun-to-focus-on-expansion-in-west-msia/

Cawangan Sugarbun di Malaysia, China, Brunei dan Australia
Pada Ogos 2013, Sugarbun di Melbourne telah beroperasi. Ia merupakan cawangan Sugarbun ketiga yang terdapat di luar negara. Sebelum ini, Sugarbun telah dibuka di Brunei Darusalam dan Liaoning, China. Selain itu, Sugarbun menawarkan peluang kepada usahawan yang ingin menceburi bidang makanan dengan memulakan perniagaan francais bersama Sugarbun. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada:
Laman Sesawang Sugarbun





Facebook Sugarbun

Thursday 14 November 2013

Singapore Chicken Rice Restaurant (SCR) @ (SCR Xpress)


Singapore Chicken Rice atau lebih terkenal dengan SCR merupakan sebuah restoran yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. SCR ditubuhkan pada tahun 1987, pada mulanya restoran ini hanya menjual nasi ayam sebagai menu utama restoran tersebut. Restaurant pertama SCR terletak di Jalan Song Thein Cheok, Kuching. Sekarang, SCR  telah mempunyai 35 cawangan di seluruh Sabah dan Sarawak.


Pada tahun 2007, SCR Corporation Sdn Bhd memperkenalkan SCR Xpress. SCR Xpress lebih berkonsep kepada reka bentuk moden, berbanding SCR.

SCR dan SCR Xpress


SCR terkenal dengan nasi ayamnya di mana pelanggan boleh memilih jenis ayam iaitu ayam steam atau roasted. Selain itu, SCR Corporation telah memperkenalkan menu barat seperti chicken chop, potato wedges, black pepper chicken rice dan sebagainya. Walaubagaimanapun, menu tempatan juga tidak ketinggalan, menu yang disediakan adalah seperti Tomato Kueh Tiaw/Mee/Bihun, Seafood Kolo Mee, Mee Jawa dan sebagainya. Bukan sahaja menu makanan yang pelbagai, SCR juga menawarkan minuman yang pelbagai jenis kepada pelanggannnya. Contohnya minuman yang terkenal di restoran ini ialah 3 layer Teh C Peng/Special Teh C Peng, Black and White dan banyak lagi.
sebahagian makanan yang ditawarkan


Pada masa tertentu, contohnya bulan Ramdhan, SCR akan membuat promosi untuk juada berbuka puasa seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

Contoh Promosi yang dijalankan oleh SCR Corporation


SCR merupakan restoran yang menawarkan makanan HALAL kepada semua pelanggan. Anda boleh menikmati pelbagai jenis menu di satu tempat sahaja. Seterusnya, SCR Corporation Sdn Bhd menawarkan perniagaan francais kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan dalam industri makanan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada pautan di bawah.
Laman Sesawang SCR



Tuesday 12 November 2013

Beberapa buah restaurant akan dikongsi bersama tak lama lagi...

Salam,

Saya akan berkongsi beberapa buah restaurant yang terkenal di Kuching untuk berkongsi dengan anda semua.

Sekian, terima kasih.

Friday 8 November 2013

Semenggoh Nature Reserve, Padawan, Kuching.

Selamat Datang ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Semenggoh Nature Reserve terletak di daerah Padawan, lebuh kurang 24km dari bandaraya Kuching. Pusat ini telah dibuka pada tahun 1975 bertujuan untuk memulihara orang utan yang cedera, cacat dan sebagainya. Selain Semenggoh, Pusat Hidupan Liar Matang, Kuching juga menjalankan tanggungjawab yang sama dalam memulihara hidupan liar yang semakin pupus. orang utan diberi jagaan rapi sejak dilahirkan sehingga ia menjadi matang. Gambar di bawah menunjukkan proses pemuliharaan yang dijanlankan oleh pusat hidupan liar ini.

Prose Pemuliharaan Pusat hidupan Liar Semenggoh

Masa yang sesuai untuk melawat ke sini ialah pada waktu pagi jam 9.00-10.00 pagi, dan sesi kedua pada jam 3.00-4.00 ptg. Hal ini kerana, pada waktu ini merupakan masa makan para orang utan di pusat ini, Anda boleh melihat dengan jarak lebih dekat hidupan liar ini. Walaubagaimanapun, jika anda bernasib baik, anda boleh melihat banyak orang utan dalam tempoh 1 jam, kadangkala orang utan tidak keluar walaupun waktu makan telah tiba. Situasi akan kerap berlaku apabila tibanya musim buah. Sila rujuk notis di bawah.


Sebelum masuk ke dalam hutan, anda akan diberi taklimat oleh pegawai yang bertugas. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penegasan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sebelum masuk ke dalam hutan. Gambar di bawah menunjukkan papan notis yang menunjukkan peraturan-peraturan di kawasan tersebut.  
Peraturan-Peraturan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Di bawah merupakan gambar-gambar yang sempat ditangkap di pusat ini.
Aksi Orang Utan

Anda boleh melawat galeri yang terdapat di pusat ini, untuk mendalami lagi tentang orang utan. Setiap orang utan di sini ada sijil kelahirannya, dan terdapat orang utan yang mempunyai keluarganya tersendiri seperti yang ditunjukkan di gambar di bawah.



Anda boleh menaiki kereta untuk sampai ke sini. Selain itu, terdapat bas awam (no. 6) yang akan mengangkut penumpang dari Bandaraya Kuching ke Semenggoh. Bas terakhir dari Semenggoh ialah pada jam 5.00 ptg. Anda perlu membeli tiket masuk dengan harga RM 5 bagi seorang warganegara Malaysia.







                               
                                       View Larger Map

Wednesday 6 November 2013

Kampung beliong@Tokong Beliong, Asajaya


Selamat Datang ke Kampung Beliong

Kampung Beliong merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di daerah Asajaya. Anda perlu menaiki feri atau menggunakan jalan darat untuk sampai ke sini. Ia terletak berdekatan dengan Kampung Tanjong Apong, Asajaya. Tetapi, anda perlu menaiki perahu (seprti gambar di bawah) untuk ke kampung ini. Perahu ialah pengangkutan utama untuk penduduk kampung Beliong untuk menyeberang sungai ke pekan Asajaya, Daerah Samarahan, Bandaraya Kuching dan sebagainya.
Pengankutan Utama yang menghubungkan penduduk kampung Beliong dengan kampung lain

Tempat turun/naik perahu
Kampung ini terdapat sebuah sekolah rendah kebangsaan dan sebuah sekolah rendah Chung Hua. Manakala, sekolah menegah yang berdekatan terletak di kampung tambirat, 15 minit dari jeti Kampung Tanjong Apong. Penduduk kampung Beliong semakin kurang kerana kebanyakkan pemuda telah berpindah ke bandar untuk mencari rezeki. Akan tetapi, kampung ini menjadi meriah apabila kedatangan pengunjung yang pergi ke Tokong Beliong, yang terletak berdekatan dengan jeti kampung Beliong. 

Pada mulanya, tokong ini hanya dikunjung oleh penduduk tempatan. Namun, selepas siap dinaik taraf, maka ia mula menarik banyak pelawat dari luar. Oleh itu, penduduk tempatan boleh mendapat rezeki lebih pada hari-hari penting mengikut kalendar Cina seperti Tahun Baru Cina dan banyak lagi, di mana tokong ini akan dibanjiri oleh orang ramai dari luar. Disebabkan pengankutan utama untuk ke kampung ini ialah perahu, maka pengunjung perlu menaiki perahu untuk menyeberangi sungai.

Di bawah ialah gambar-gambar pada tokong tersebut. 
Pemandangan luar dan dalaman Tokong Beliong
Pemandangan dari bagunan atas tokong


Sebelum meninggalkan daerah Asajaya, singgahlah di Kampung Tambirat untuk membeli ikan-ikan segar dan kuih tempatan. 

Tuesday 5 November 2013

Monday 4 November 2013

Daerah Asajaya_Kampung Halaman Saya.

Welcome to Asajaya District
Kampung Serpan Laut, Asajaya, Sarawak ialah tempat kelahiran saya. Asajaya merupakan satu daerah kecil dalam dearah Samarahan. Ia terletak 80 km dari Bandaraya Kuching. Terdapat dua kaedah untuk sampai ke Asajaya. Kalau air pasang, anda boleh menggunakan feri. Feri merupakan pengankutan penting yang menghubungkan Asajaya dengan Samarahan.

Pangkalan Feri yang menghubungkan Daerah Asajaya dan Daerah Sadong Jaya
ke Daerah Samarahan serta Bandaraya Kuching.

Selain itu, apabila air surut, anda boleh memilih jalan darat untuk menuju ke Asajaya. Nama sahaj jalan darat, tetapi sepanjang jalan adalah jalan tar dan bukan jalan bukit-bukau. Kedua-dua kaedah ini memerlukan masa selama 1 jam 30 minit.

Terdapat beberapa kampung kecil yang tergolong dalam daerah ini. seperti Kampung Tambirat, Kampung Sambir, Kampung Sebandi Matang, Kampung Serpan Laut, Kampung Asajaya Laut, Kampung Asajaya Ulu, dan sebagainya. Kebanyakan penduduk tempatan menjadi nelayan, kerana Asajaya dekat dengan laut. Oleh itu, anda boleh membeli ikan-ikan segar, udang, ketam, kerang dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.

Salah satu kegiatan ekonomi yang amat terkenal di kawasan ini ialah menangkap ambal. Ambal ialah sejenis makanan laut yang hanya boleh didapati di Daerah Asajaya. Lazimnya, ambal hanya boleh didapati pada bulan Ogos hingga bulan Febuari setiap tahun.Oleh itu, pada musim ini, penduduk setempat akan turun ke laut (waktu air surut), untuk menangkap ambal. Ambal mendapat permintaan tinggi daripada restaurant di Bandaraya Kuching dan para pengujung ke Asajaya. Bagi pengetahuan anda semua, ambal boleh dimasak dengan pelbagai jenis citarasa seperti ambal masak kari, ambal masak kicap dan sebagainya. Dengan itu,  terdapat banyak pemborong yang memborong hasil tangkapan daripada penduduk tempatan dan menjual di Kuching. Namun demikian, terdapat penduduk tempatan yang menjual hasil tangkapan di tepi jalan utama yang menuju ke Bandaraya Kuching.