Thursday, 12 December 2013

Rumah Hijau, Jalan Rubber Kuching

Kafe Rumah Hijau, Jalan Rubber

Kafe Rumah Hijau ini merupakan restoran yang menjual makanan Melayu dan India. Saya akan memperkenalkan cawangan utama yang terletak di Jalan Rubber, Kuching. Sebenarnya, kafe ini merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di tepi jalan. Cawangan kedua telah dibuka di Jalan Merdeka, Kuching.

Kafe Rumah Hijau. Jalan Merdeka



Sebahagian Menu Kafe Rumah Hijau

Di sini, anda boleh menikmati pelbagai makanan, minuman dan pencuci mulut dengan harga yang berpatutan. Dari kiri, asam laksa, nasi lemak berempah, masi ayam penyet, ais krim, cadbury chocolate cake, cheese cake, Teh C Peng Special, Roti Canai dan Fish Ball Kueh Teow Soup. Terdapat banyak lagi menu yang tidak sempat dikongsi bersama, carilah peluang untuk mencubanya di kafe nanti. 








QR Code
Facebook Page Kafe Rumah Hijau


Untuk makluman anda semua, kafe ini akan menawarkan "Delivery Service" ke depan pintu rumah anda. Untuk makluman lanjut, anda boleh melawati laman Facebook kafe Rumah Hijau.















Sebelum menuju ke kafe ini, sila rujuk peta di bawah untuk mencari lokasi yang tepat. Peringatan kepada semua yang bakal melanggani kafe di Jalan Rubber, anda perlu mencari parkir di kedai (sebelah kafe) disebabkan parkir tidak mencukupi. 

                                  
                                             View Larger Map

Jika anda ingin mencuba cawagan baru mereka, anda boleh merujuk peta di bawah.
                                
                                          View Larger Map

1 comment: