Tuesday 31 December 2013

Perkongsian baru akan menyusul tak lama lagi...

Salam sejahtera,
Saya agak sibuk kerana menghadapi peperiksaan akhir, maka saya akan berkongsi tempat baru lewat sedikit.

Sekian, terima kasih.

Thursday 19 December 2013

Penambahan Pautan Baru....

Salam sejahtera,

Kali ini, saya ingin berkongsi beberapa pautan yang amat berguna untuk rujukan anda semua sebelum melancong ke Kuching. Anda boleh melayari beberapa laman sesawang untuk mengenali Kuching terlebih dahulu. Selain itu, saya juga menyediakan pautan untuk anda boleh terus melayari laman sesawang syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Kuching. 
Pautan-Pautan Lain
Seterusnya, terdapat satu penambahan lagi dari segi menu di blog Bumi Kenyalang, Kuching. Saya telah menambah satu menu "Pautan Interaksi", di mana anda boleh melayari bahagian tersebut untuk berinteraksi dengan saya dan memberi cadangan selain daripada tapak komen yang terdapat di bahagian "post".
Pautan Interaksi _Menu Baru



Friday 13 December 2013

Video Klip untuk perkongsian yang akan datang

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai perkongsian saya yang akan datang dengan menggunakan aplikasi "Powtoon".

Thursday 12 December 2013

Popular Post via Padlet


Rumah Hijau, Jalan Rubber Kuching

Kafe Rumah Hijau, Jalan Rubber

Kafe Rumah Hijau ini merupakan restoran yang menjual makanan Melayu dan India. Saya akan memperkenalkan cawangan utama yang terletak di Jalan Rubber, Kuching. Sebenarnya, kafe ini merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di tepi jalan. Cawangan kedua telah dibuka di Jalan Merdeka, Kuching.

Kafe Rumah Hijau. Jalan Merdeka



Sebahagian Menu Kafe Rumah Hijau

Di sini, anda boleh menikmati pelbagai makanan, minuman dan pencuci mulut dengan harga yang berpatutan. Dari kiri, asam laksa, nasi lemak berempah, masi ayam penyet, ais krim, cadbury chocolate cake, cheese cake, Teh C Peng Special, Roti Canai dan Fish Ball Kueh Teow Soup. Terdapat banyak lagi menu yang tidak sempat dikongsi bersama, carilah peluang untuk mencubanya di kafe nanti. 








QR Code
Facebook Page Kafe Rumah Hijau


Untuk makluman anda semua, kafe ini akan menawarkan "Delivery Service" ke depan pintu rumah anda. Untuk makluman lanjut, anda boleh melawati laman Facebook kafe Rumah Hijau.















Sebelum menuju ke kafe ini, sila rujuk peta di bawah untuk mencari lokasi yang tepat. Peringatan kepada semua yang bakal melanggani kafe di Jalan Rubber, anda perlu mencari parkir di kedai (sebelah kafe) disebabkan parkir tidak mencukupi. 

                                  
                                             View Larger Map

Jika anda ingin mencuba cawagan baru mereka, anda boleh merujuk peta di bawah.
                                
                                          View Larger Map

Friday 6 December 2013

Pasar Serikin,Bau_Sempadan kalimantan Indonesia




Papan Jalan di Persimpangan Pekan Bau

Serikin iala sebuah perkampungan yang terletak di daerah Bau, Kuching. Kampung Serikin terletak berdekatan sempadan Kalimantan Indonesia yang berjarak 80 km dari pusat bandaraya. Sini menjadi tumpuan para penduduk tempatan dan pelancong asing untuk membeli belah.








Pasar Serikin hanya beroperasi pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu pagi (7 am ) hingga Hari Ahad (3 pm). Sistem jalan yang disediakan menjadikan tempat perkampungan ini menjadi tarikan orang luar. Sebelum ini, Permaisuri Yang Di-Pertuan Agong turut pernah mengkunjugi pasar Serikin ini pada tahun 2004.



Terdapat beratusan kedai dari jalan masuk sehingga penghujung pasar tersebut. Anda boleh membeli pelbagai barangan seperti kain, barang hiasan, barang anyaman, makanan/minuman Indonesia, hasil ukiran kayu, dan banyak lagi dengan syarat anda perlu mahir tawar-enawar dengan peniaga di sini. Pengungjung tidak perlu menukar wang ringgit Malaysia ke mata wang Indonesia, kerana peniaga di sini menerima wang ringgit Malaysia. 

Contoh-contoh Barangan yang dijual di sini
Peringatan kepada semua pengungjung, anda perlu membawa payung atau topi dan air yang cukup kerana cuaca di sini agak panas. Walaubagaimanapun, anda boleh membeli payung dengan harga murah serta air minuman boleh didapati sepanjang pasar ini.

                                 
                                          View Larger Map

Tuesday 3 December 2013

Taman Sahabat, Jalan Song


Di sini, terdapat Replika Gergasi Laksamana Cheng He. Mengikut sejarah, Laksamana Cheng He telah mengetuai Ekspedisi Pelayaran Pertama daripada tujuh pelayaran pada 1405 - 1433 ke Asia Tenggara. Anda boleh mengunjung taman ini di Jalan Song, Kuching.


Taman Sahabat terletak kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dan 30 minit dari pusat bandaraya Kuching. Taman ini adalah hasil hubungan erat di antara Bandaraya Kuching dan Kunming City of China.



Taman ini menjadi tarikan pelancong serta penduduk tempatan kerana ia merupakan satu tempat rekreasi yang strategik dan cantik. Anda boleh rujuk peta di bawah untuk mendapat lokasi taman ini.


                                   
View Larger Map