Salam sejahtera,
Saya agak sibuk kerana menghadapi peperiksaan akhir, maka saya akan berkongsi tempat baru lewat sedikit.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, 31 December 2013
Thursday, 19 December 2013
Penambahan Pautan Baru....
Salam sejahtera,
Kali ini, saya ingin berkongsi beberapa pautan yang amat berguna untuk rujukan anda semua sebelum melancong ke Kuching. Anda boleh melayari beberapa laman sesawang untuk mengenali Kuching terlebih dahulu. Selain itu, saya juga menyediakan pautan untuk anda boleh terus melayari laman sesawang syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Kuching.
Pautan-Pautan Lain |
Seterusnya, terdapat satu penambahan lagi dari segi menu di blog Bumi Kenyalang, Kuching. Saya telah menambah satu menu "Pautan Interaksi", di mana anda boleh melayari bahagian tersebut untuk berinteraksi dengan saya dan memberi cadangan selain daripada tapak komen yang terdapat di bahagian "post".
Pautan Interaksi _Menu Baru |
Friday, 13 December 2013
Video Klip untuk perkongsian yang akan datang
Selamat pagi dan salam sejahtera,
Saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai perkongsian saya yang akan datang dengan menggunakan aplikasi "Powtoon".
Thursday, 12 December 2013
Rumah Hijau, Jalan Rubber Kuching
Kafe Rumah Hijau, Jalan Rubber |
Kafe Rumah Hijau ini merupakan restoran yang menjual makanan Melayu dan India. Saya akan memperkenalkan cawangan utama yang terletak di Jalan Rubber, Kuching. Sebenarnya, kafe ini merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di tepi jalan. Cawangan kedua telah dibuka di Jalan Merdeka, Kuching.
Kafe Rumah Hijau. Jalan Merdeka |
Di sini, anda boleh menikmati pelbagai makanan, minuman dan pencuci mulut dengan harga yang berpatutan. Dari kiri, asam laksa, nasi lemak berempah, masi ayam penyet, ais krim, cadbury chocolate cake, cheese cake, Teh C Peng Special, Roti Canai dan Fish Ball Kueh Teow Soup. Terdapat banyak lagi menu yang tidak sempat dikongsi bersama, carilah peluang untuk mencubanya di kafe nanti.
Facebook Page Kafe Rumah Hijau |
Untuk makluman anda semua, kafe ini akan menawarkan "Delivery Service" ke depan pintu rumah anda. Untuk makluman lanjut, anda boleh melawati laman Facebook kafe Rumah Hijau.
Sebelum menuju ke kafe ini, sila rujuk peta di bawah untuk mencari lokasi yang tepat. Peringatan kepada semua yang bakal melanggani kafe di Jalan Rubber, anda perlu mencari parkir di kedai (sebelah kafe) disebabkan parkir tidak mencukupi.
Jika anda ingin mencuba cawagan baru mereka, anda boleh merujuk peta di bawah.
View Larger Map
Friday, 6 December 2013
Pasar Serikin,Bau_Sempadan kalimantan Indonesia
Papan Jalan di Persimpangan Pekan Bau |
Pasar Serikin hanya beroperasi pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu pagi (7 am ) hingga Hari Ahad (3 pm). Sistem jalan yang disediakan menjadikan tempat perkampungan ini menjadi tarikan orang luar. Sebelum ini, Permaisuri Yang Di-Pertuan Agong turut pernah mengkunjugi pasar Serikin ini pada tahun 2004.
Terdapat beratusan kedai dari jalan masuk sehingga penghujung pasar tersebut. Anda boleh membeli pelbagai barangan seperti kain, barang hiasan, barang anyaman, makanan/minuman Indonesia, hasil ukiran kayu, dan banyak lagi dengan syarat anda perlu mahir tawar-enawar dengan peniaga di sini. Pengungjung tidak perlu menukar wang ringgit Malaysia ke mata wang Indonesia, kerana peniaga di sini menerima wang ringgit Malaysia.
Contoh-contoh Barangan yang dijual di sini |
View Larger Map
Tuesday, 3 December 2013
Taman Sahabat, Jalan Song
Taman ini menjadi tarikan pelancong serta penduduk tempatan kerana ia merupakan satu tempat rekreasi yang strategik dan cantik. Anda boleh rujuk peta di bawah untuk mendapat lokasi taman ini.
View Larger Map
Subscribe to:
Posts (Atom)