Sunday, 27 October 2013

Mee Kolok & Laksa Sarawak

Kita teruskan dengan makanan tempatan Kuching.....
(a) Mee Kolok


Mee kolok merupakan satu makanan yang terkenal di Sarawak. Anda boleh merasainya di mana-mana kedai kopi @ kopitiam atau dalam medan selera pasaraya besar di Bandaraya Kuching. Lazimnya, mee kolok boleh didapati pada waktu pagi, tengah hari sehingga waktu malam. Walaupun mee kolok berasal dari makanan Cina, tetapi peniaga muslim telah mengubah suai citarasanya dengan meletakkan daging, sayur sebagai bahan atas. Manakala, kuahnya ialah kicap. Ada kalanya penduduk Kuching memanggil mee kolok sebagai Mee Sapi. Kedai makan Sepinang Sari yang terletak di hadapan Fly Over,Satok, Kuching terkenal dengan mee kolok@mee sapi. Anda patut merasainya!



Mee Kolok/Mee Sapi Sepinang Sari 


                                    
                                               View Larger Map


(b) Laksa Sarawak

Laksa Sarawak memang terkenal di Sarawak. Walaupun anda boleh mencarinya di merata tempat, tetapi kalau anda nak cuba rasa aslinya, anda harus cubanya di Kuching, Sarawak. Bahan di atas laksa ialah telur, ayam, udang, daun sup dan limau belacan. Anda boleh mendapati banyak kedai menjual makanan ini, saya mensyorkan Madam Tang's, yang terletak di Jalan Petanak, Kuching dan di The Spring, Kuching.
Laksa Sarawak dan Sambal Laksa
                               
                                        View Larger Map

8 comments:

  1. Miss Laksa so much~~^^..Even It can get it in Penang, but Kuching one more delicious~~

    ReplyDelete
  2. Agree with you Sirley, thank you for the comment.

    ReplyDelete
  3. A.Wellynelia: pernah cuba sebelum ni? Memang sedap!

    ReplyDelete
  4. nak makan laksa sarawak lagi.. kat sabah x ada..:)

    ReplyDelete
  5. Mi3rLyNa: plan trip ke Kch, nanti kita makan puas2...haha tq for comment siti^^

    ReplyDelete