Salam sejahtera,
Saya agak sibuk kerana menghadapi peperiksaan akhir, maka saya akan berkongsi tempat baru lewat sedikit.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, 31 December 2013
Thursday, 19 December 2013
Penambahan Pautan Baru....
Salam sejahtera,
Kali ini, saya ingin berkongsi beberapa pautan yang amat berguna untuk rujukan anda semua sebelum melancong ke Kuching. Anda boleh melayari beberapa laman sesawang untuk mengenali Kuching terlebih dahulu. Selain itu, saya juga menyediakan pautan untuk anda boleh terus melayari laman sesawang syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Kuching.
Pautan-Pautan Lain |
Seterusnya, terdapat satu penambahan lagi dari segi menu di blog Bumi Kenyalang, Kuching. Saya telah menambah satu menu "Pautan Interaksi", di mana anda boleh melayari bahagian tersebut untuk berinteraksi dengan saya dan memberi cadangan selain daripada tapak komen yang terdapat di bahagian "post".
Pautan Interaksi _Menu Baru |
Friday, 13 December 2013
Video Klip untuk perkongsian yang akan datang
Selamat pagi dan salam sejahtera,
Saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai perkongsian saya yang akan datang dengan menggunakan aplikasi "Powtoon".
Thursday, 12 December 2013
Rumah Hijau, Jalan Rubber Kuching
Kafe Rumah Hijau, Jalan Rubber |
Kafe Rumah Hijau ini merupakan restoran yang menjual makanan Melayu dan India. Saya akan memperkenalkan cawangan utama yang terletak di Jalan Rubber, Kuching. Sebenarnya, kafe ini merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di tepi jalan. Cawangan kedua telah dibuka di Jalan Merdeka, Kuching.
Kafe Rumah Hijau. Jalan Merdeka |
Di sini, anda boleh menikmati pelbagai makanan, minuman dan pencuci mulut dengan harga yang berpatutan. Dari kiri, asam laksa, nasi lemak berempah, masi ayam penyet, ais krim, cadbury chocolate cake, cheese cake, Teh C Peng Special, Roti Canai dan Fish Ball Kueh Teow Soup. Terdapat banyak lagi menu yang tidak sempat dikongsi bersama, carilah peluang untuk mencubanya di kafe nanti.
Facebook Page Kafe Rumah Hijau |
Untuk makluman anda semua, kafe ini akan menawarkan "Delivery Service" ke depan pintu rumah anda. Untuk makluman lanjut, anda boleh melawati laman Facebook kafe Rumah Hijau.
Sebelum menuju ke kafe ini, sila rujuk peta di bawah untuk mencari lokasi yang tepat. Peringatan kepada semua yang bakal melanggani kafe di Jalan Rubber, anda perlu mencari parkir di kedai (sebelah kafe) disebabkan parkir tidak mencukupi.
Jika anda ingin mencuba cawagan baru mereka, anda boleh merujuk peta di bawah.
View Larger Map
Friday, 6 December 2013
Pasar Serikin,Bau_Sempadan kalimantan Indonesia
Papan Jalan di Persimpangan Pekan Bau |
Pasar Serikin hanya beroperasi pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu pagi (7 am ) hingga Hari Ahad (3 pm). Sistem jalan yang disediakan menjadikan tempat perkampungan ini menjadi tarikan orang luar. Sebelum ini, Permaisuri Yang Di-Pertuan Agong turut pernah mengkunjugi pasar Serikin ini pada tahun 2004.
Terdapat beratusan kedai dari jalan masuk sehingga penghujung pasar tersebut. Anda boleh membeli pelbagai barangan seperti kain, barang hiasan, barang anyaman, makanan/minuman Indonesia, hasil ukiran kayu, dan banyak lagi dengan syarat anda perlu mahir tawar-enawar dengan peniaga di sini. Pengungjung tidak perlu menukar wang ringgit Malaysia ke mata wang Indonesia, kerana peniaga di sini menerima wang ringgit Malaysia.
Contoh-contoh Barangan yang dijual di sini |
View Larger Map
Tuesday, 3 December 2013
Taman Sahabat, Jalan Song
Taman ini menjadi tarikan pelancong serta penduduk tempatan kerana ia merupakan satu tempat rekreasi yang strategik dan cantik. Anda boleh rujuk peta di bawah untuk mendapat lokasi taman ini.
View Larger Map
Saturday, 30 November 2013
Kampung Budaya Sarawak@Sarawak Cultural Village
Kampung Budaya Sarawak atau "Muzium Kehidupan" terletak di pantai Damai, Santubong, yang jarak 32km dari bandaraya Kuching. Ia dibina bertujuan untuk memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak.
Rumah-Rumah dan Aktiviti Harian sesetengah suku kaum di Sarawak |
Persembahan Kebudayaan |
Semua pelancong yang mengunjung ke Kampung Budaya Sarawak boleh menyaksikan persembahan kebudayaan yang berlangsung di panggung budaya. Terdapat dua sesi persembahan pada setiap hari, iaitu 11.30am dan 4.00 pm. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan ini.
Harga tiket masuk untuk dewasa ialah RM 60 manakala RM 30 untuk kanak-kanak. Keterangan lanjut boleh merujuk di laman sesawang berikut: http://www.scv.com.my/main.asp atau menghubungi di talian 082-846411.
.
Jika merancang untuk memandu ke sini, maka boleh rujuk kepada peta di bawah.
View Larger Map
Monday, 25 November 2013
Sinar Serapi Eco Theme Park Resort, Matang, Kuching
Sinar Serapi Eco Theme Park Resort merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk berekreasi dan berehat bersama ahli keluarga serta rakan-rakan. Tempat ini juga sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti kem motivasi, lawatan bagi pelajar-pelajar sekolah. Resort ini baru bermula operasi pada Oktober 2010, ia merupakan salah satu tempat beriadah baru bagi orang Kuching serta pelancong-pelancong. Di sini, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijanlankan seperti kayak, berenang, majlis perkahwinan, dan banyak lagi. Selain itu, resort ini juga menawarkan penempatan homestay supaya anda boleh bercuti di sini. Ia terletak berjarak 14km dari bandaraya Kuching. Sinar Serapi merupakan tempat yang boleh menikmati alam semula jadi kerana ia berdekatan dengan Gunung Serapi, Matang.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh rujuk kepada:
View Larger Map
Laman Sinar Serapi Eco Theme Park |
Laman Facebook Sinar Serapi Eco Them Park |
Di sini, saya sertakan peta untuk memudahkan anda mencari lokasinya.
View Larger Map
Friday, 22 November 2013
Ice Kacang @ ABC di Kuching....
ABC |
ABC merupakan sejenis pencuci mulut yang boleh didapati di merata tempat. Di Kuching, terdapat beberapa tempat yang anda harus kunjungi:
1. AH YEO ICE KACANG SINCE 1962
Ais Kacang Ah Yeo dianggap sebagai antara yang terbaik di bandar Kuching dengan sajian pencuci mulut kegemaran masyarakat Malaysia dan terkenal selama beberapa dekad sebagai lokasi tumpuan penduduk setempat untuk menghilangkan dahaga. Perniagaan ini telah bermula sejak 60 tahun lepas sehingaa hari ini. Pengusaha pada hari ini merupakan generasi ketiga yang mengendalikan perniagaan tersebut. Mereka menawarkan 72 jenis ais kacang merangkumi pelbagai warna, perisa dan bahan. Produknya yang berwarna-warni diiringi nama yang menarik perhatian seperti CJ 7, Kung Fu Panda, Angry Birds, Lady Gaga, Avatar dan banyak lagi. Sajian yang terlaris adalah ABC (Santan), 1Malaysia, Welcome to Sarawak, White Lady dan Metahon.
Alamat: Kawasan Parkir, Padang Jubilee, Padungan Kuching
Facebook: https://www.facebook.com/AhYeoIceKacang
Menu Uncle Yeo Ais Kacang |
Alamat: Ground Floor, Lot 176, Jln Haji Taha, Kuching
Selain daripada ABC, di sini juga boleh mendapati makanan untuk minum petang seperti cucur udang (Lok Lok), Mee Hun Belacan, Rojak dan sebagainya. ABC juga merupakan salah satu sajian kedai ini.
Old Rex Cucur Udang Cafe |
Alamat: Lot 437-438, Rubber Road, 93400, Kuching, Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/oldrexcucurudang
Selain daripada tiga tempat di atas, sebenarnya terdapat banyak lagi tempat yang boleh menjamu ABC, rojak, mee hun belacan dan sebagainya. Sila cuba jika berpeluang ke Kuching, Sarawak.
Wednesday, 20 November 2013
Ais Kacang dan Lok Lok akan datang.....
Saya agak sibuk dalam beberapa hari ini, saya akan masukkan perkongsian baru saya mengenai tempat menjual ais kacang serta lok lok yang terkenal di Bandaraya Kuching.
Sunday, 17 November 2013
Restoran Sugarbun
Sugarbun merupakan salah sebuah restoran makanan segera (fast food restaurant) yang terkenal di Sarawak. Sugarbun menawarkan pelbagai menu makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng dan sebagainya. Selain itu, restaurant ini juga menawarkan menu Asia seperti nasi lemak, sup mee hoon dan banyak lagi.
Menu Sugarbun |
Pada mulanya, Sugarbun hanya mempunyai perniagaan di Sarawak dan Brunei. Pada kebelakangan tahun ini, cawangan Sugarbun semakin bertambah di Sabah, Sarawak, serta di China dan Melbourne,Australia. Cawangan di Batu Pahat, Johor merupakan cawangan pertama di Semenangjung Malaysia. Merujuk kepada akhbar "The Borneo Post", Sugarbun akan memperbesar perniagaan ke Semenanjung pada tahun 2013. http://www.theborneopost.com/2013/07/22/sugarbun-to-focus-on-expansion-in-west-msia/
Cawangan Sugarbun di Malaysia, China, Brunei dan Australia |
Pada Ogos 2013, Sugarbun di Melbourne telah beroperasi. Ia merupakan cawangan Sugarbun ketiga yang terdapat di luar negara. Sebelum ini, Sugarbun telah dibuka di Brunei Darusalam dan Liaoning, China. Selain itu, Sugarbun menawarkan peluang kepada usahawan yang ingin menceburi bidang makanan dengan memulakan perniagaan francais bersama Sugarbun. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada:
Laman Sesawang Sugarbun |
Facebook Sugarbun |
Thursday, 14 November 2013
Singapore Chicken Rice Restaurant (SCR) @ (SCR Xpress)
Singapore Chicken Rice atau lebih terkenal dengan SCR merupakan sebuah restoran yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. SCR ditubuhkan pada tahun 1987, pada mulanya restoran ini hanya menjual nasi ayam sebagai menu utama restoran tersebut. Restaurant pertama SCR terletak di Jalan Song Thein Cheok, Kuching. Sekarang, SCR telah mempunyai 35 cawangan di seluruh Sabah dan Sarawak.
Pada tahun 2007, SCR Corporation Sdn Bhd memperkenalkan SCR Xpress. SCR Xpress lebih berkonsep kepada reka bentuk moden, berbanding SCR.
SCR dan SCR Xpress |
SCR terkenal dengan nasi ayamnya di mana pelanggan boleh memilih jenis ayam iaitu ayam steam atau roasted. Selain itu, SCR Corporation telah memperkenalkan menu barat seperti chicken chop, potato wedges, black pepper chicken rice dan sebagainya. Walaubagaimanapun, menu tempatan juga tidak ketinggalan, menu yang disediakan adalah seperti Tomato Kueh Tiaw/Mee/Bihun, Seafood Kolo Mee, Mee Jawa dan sebagainya. Bukan sahaja menu makanan yang pelbagai, SCR juga menawarkan minuman yang pelbagai jenis kepada pelanggannnya. Contohnya minuman yang terkenal di restoran ini ialah 3 layer Teh C Peng/Special Teh C Peng, Black and White dan banyak lagi.
sebahagian makanan yang ditawarkan |
Pada masa tertentu, contohnya bulan Ramdhan, SCR akan membuat promosi untuk juada berbuka puasa seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.
Contoh Promosi yang dijalankan oleh SCR Corporation |
Laman Sesawang SCR |
Tuesday, 12 November 2013
Beberapa buah restaurant akan dikongsi bersama tak lama lagi...
Salam,
Saya akan berkongsi beberapa buah restaurant yang terkenal di Kuching untuk berkongsi dengan anda semua.
Sekian, terima kasih.
Saya akan berkongsi beberapa buah restaurant yang terkenal di Kuching untuk berkongsi dengan anda semua.
Sekian, terima kasih.
Friday, 8 November 2013
Semenggoh Nature Reserve, Padawan, Kuching.
Selamat Datang ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh |
Semenggoh Nature Reserve terletak di daerah Padawan, lebuh kurang 24km dari bandaraya Kuching. Pusat ini telah dibuka pada tahun 1975 bertujuan untuk memulihara orang utan yang cedera, cacat dan sebagainya. Selain Semenggoh, Pusat Hidupan Liar Matang, Kuching juga menjalankan tanggungjawab yang sama dalam memulihara hidupan liar yang semakin pupus. orang utan diberi jagaan rapi sejak dilahirkan sehingga ia menjadi matang. Gambar di bawah menunjukkan proses pemuliharaan yang dijanlankan oleh pusat hidupan liar ini.
Peraturan-Peraturan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh |
View Larger Map
Wednesday, 6 November 2013
Kampung beliong@Tokong Beliong, Asajaya
Selamat Datang ke Kampung Beliong |
Kampung Beliong merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di daerah Asajaya. Anda perlu menaiki feri atau menggunakan jalan darat untuk sampai ke sini. Ia terletak berdekatan dengan Kampung Tanjong Apong, Asajaya. Tetapi, anda perlu menaiki perahu (seprti gambar di bawah) untuk ke kampung ini. Perahu ialah pengangkutan utama untuk penduduk kampung Beliong untuk menyeberang sungai ke pekan Asajaya, Daerah Samarahan, Bandaraya Kuching dan sebagainya.
Pengankutan Utama yang menghubungkan penduduk kampung Beliong dengan kampung lain |
Tempat turun/naik perahu |
Kampung ini terdapat sebuah sekolah rendah kebangsaan dan sebuah sekolah rendah Chung Hua. Manakala, sekolah menegah yang berdekatan terletak di kampung tambirat, 15 minit dari jeti Kampung Tanjong Apong. Penduduk kampung Beliong semakin kurang kerana kebanyakkan pemuda telah berpindah ke bandar untuk mencari rezeki. Akan tetapi, kampung ini menjadi meriah apabila kedatangan pengunjung yang pergi ke Tokong Beliong, yang terletak berdekatan dengan jeti kampung Beliong.
Pada mulanya, tokong ini hanya dikunjung oleh penduduk tempatan. Namun, selepas siap dinaik taraf, maka ia mula menarik banyak pelawat dari luar. Oleh itu, penduduk tempatan boleh mendapat rezeki lebih pada hari-hari penting mengikut kalendar Cina seperti Tahun Baru Cina dan banyak lagi, di mana tokong ini akan dibanjiri oleh orang ramai dari luar. Disebabkan pengankutan utama untuk ke kampung ini ialah perahu, maka pengunjung perlu menaiki perahu untuk menyeberangi sungai.
Di bawah ialah gambar-gambar pada tokong tersebut.
Pemandangan luar dan dalaman Tokong Beliong |
Pemandangan dari bagunan atas tokong |
Sebelum meninggalkan daerah Asajaya, singgahlah di Kampung Tambirat untuk membeli ikan-ikan segar dan kuih tempatan.
Tuesday, 5 November 2013
Semenggoh Wildlife centre and Beliong Temple Coming Soon....
Hello everybody,
I'm going to share about two places soon...
Thank you.
I'm going to share about two places soon...
Thank you.
Monday, 4 November 2013
Daerah Asajaya_Kampung Halaman Saya.
Welcome to Asajaya District |
Pangkalan Feri yang menghubungkan Daerah Asajaya dan Daerah Sadong Jaya ke Daerah Samarahan serta Bandaraya Kuching. |
Selain itu, apabila air surut, anda boleh memilih jalan darat untuk menuju ke Asajaya. Nama sahaj jalan darat, tetapi sepanjang jalan adalah jalan tar dan bukan jalan bukit-bukau. Kedua-dua kaedah ini memerlukan masa selama 1 jam 30 minit.
Terdapat beberapa kampung kecil yang tergolong dalam daerah ini. seperti Kampung Tambirat, Kampung Sambir, Kampung Sebandi Matang, Kampung Serpan Laut, Kampung Asajaya Laut, Kampung Asajaya Ulu, dan sebagainya. Kebanyakan penduduk tempatan menjadi nelayan, kerana Asajaya dekat dengan laut. Oleh itu, anda boleh membeli ikan-ikan segar, udang, ketam, kerang dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.
Salah satu kegiatan ekonomi yang amat terkenal di kawasan ini ialah menangkap ambal. Ambal ialah sejenis makanan laut yang hanya boleh didapati di Daerah Asajaya. Lazimnya, ambal hanya boleh didapati pada bulan Ogos hingga bulan Febuari setiap tahun.Oleh itu, pada musim ini, penduduk setempat akan turun ke laut (waktu air surut), untuk menangkap ambal. Ambal mendapat permintaan tinggi daripada restaurant di Bandaraya Kuching dan para pengujung ke Asajaya. Bagi pengetahuan anda semua, ambal boleh dimasak dengan pelbagai jenis citarasa seperti ambal masak kari, ambal masak kicap dan sebagainya. Dengan itu, terdapat banyak pemborong yang memborong hasil tangkapan daripada penduduk tempatan dan menjual di Kuching. Namun demikian, terdapat penduduk tempatan yang menjual hasil tangkapan di tepi jalan utama yang menuju ke Bandaraya Kuching.
Tuesday, 29 October 2013
Makanan Laut@ Seafood
Makanan yang terkenal di TopSpot! |
Sarawak terkenal dengan makanan laut@seafood. Di Kuching, terdapat banyak restaurant seafood yang berniaga pada waktu siang dan malam. Saya memperkenalkan "Topspot Seafood" yang terkenal dengan seafood segar setiap hari. Satu keistimewaan restaurant ini ialah pelanggan bebas untuk memilih seafood, sayur-sayuran dan sebagainya. Selepas siap memilih bahan, anda boleh memilih cara masakan. Jika anda ialah pelawat, pekerja restaurant akan membantu untuk membuat pilihan masakan. Masakan yang terkenal di sini seperti Ambal masak kicap, butter prawn, Oyster Pancake, Midin masak dengan sos tiram@sambal belacan.
Di Kuching, Topspot terdapat di dua tempat.
1. Bukit Mata, Kuching
2. One Jaya, Jalan Song, Kuching
Di Kuching, Topspot terdapat di dua tempat.
1. Bukit Mata, Kuching
- Ia hanya beroperasi pada waktu malam sahaja.
2. One Jaya, Jalan Song, Kuching
- Ia beroperasi mulai jam 12 tgh hingga lewat malam.
Top Spot Seafood, Bukit Mata Kuching. |
Sunday, 27 October 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)